LOGO SJK (C) SIU WOON
Sekolah Siu Woon ditubuhkan pada tahun 1926.
Warna kuning melambangkan kesetiaan,
Warna merah melambangkan keberanian,
Warna hijau melambangkan keharmonian,
Warna biru melambangkan kedamaian,
Bentuk bulatan melambangkan besatu padu,
Obor melambangkan menuju ke arah kecermelangan,
Buku melamabangkan berusaha tangga kejayaan.
MAKLUMAT SEJARAH SJK (C) SIU WOON
Sekolah Siu Woon terletak di kampung Penerok, Pontian, Johor. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1926 hasil usaha beberapa pemimpin temptan iaitu Encik Loh Ming Lee, Lim Ah Fau, He Tun Hee, Yun Ah Chun dan lain-lain. Pada mulanya, tidak ada bangunan sekolah sendiri. Untuk sementara waktu disewa satu pintu kedai menjadi tempat belajar murid-murid. Bilangan murid pada masa itu hanya lebih daripada 20 orang dan dipimpin oleh seorang guru sahaja.
Pada tahun 1935, bilangan murid telah meningkat hingga lebih daripada 50 orang. Pihak Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah berusaha dengan giat untuk membesarkan sekolah ini. Dengan bantuan oleh penderma-penderma tempatan, sebuah dewan bersama dua bilik darjah telah didirikan. Guru besar pada masa itu ialah Cik. Ang Lin Yi dengan dibantu oleh seorang guru Lim Ah Sui.
Pada tahun 1949, sekolah ini dikelolai oleh Encik Tan Shi Boon dengan usaha dan kerjasama pihak sekolah dan pihak Lembaga Pengurus Sekolah, keadaan sekolah semakin baik dan maju. Bilangan murid pula bertambah dengan cepat hinggakan tidak cukup tempat untuk menampung murid baru yang bertambah ramai.
Pada tahun 1951, memandangkan kerumitan sekolah semakin serius, pihak Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah telah mengadakan satu mesyuarat agung untuk mencari jalan bagi mengembangkan sekolah ini. Dengan semangat yang gigih serta usaha yang kuat dari Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah, bersama bantuan kerajaan serta sokongan orang ramai, bangunan sekolah baru yang sederhana telah didirikan. Bilangan murid mencapai kemuncaknya seramai lebih daripada 270 orang pada tahun 1963. Selepas itu beransur-ansur kurang kerana mata pencarian semakin sempit, kebun nenas yang satu ketika dahulu luas melaut dengan suburnya, kini telah semakin kurang kerana tanah kurang subur. Banyak kebun nenas telah digantikan dengan kelapa sawit dan keperluan tenaga buruh telah semakin berkurangan.
Pada akhir tahun Disember 1999, bangunan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru.
FALSAFAH SEKOLAH
- Bahawasnya murid-murid di sekolah ini mempunyai kebolehan-kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan ini, peluang yang seluas-luasnya akan diberi kepada murid-murid di sekolah ini untuk mengembangkan intelek itu.
- Bahawasnya tenaga pendidik-pendidik di sekolah ini mempunyai pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pendidikan.
- Bahawasnya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga mengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberi sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.
VISI DAN MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan asas yang cukup dan kukuh kepada murid-murid supaya dapat melahirkan manusia yang terdidik, bersopan santun, berdisiplin, bersikap positif, memberi sumbangan terhadap masyarakat, agama, bangsa, dan negara serta berbangga sebagai seorang warganegara Malaysia.
Laporan Hari
Kokurikulum
Sekolah Jenis
Kebangsaan ( Cina ) Siu Woon.
Pada
23 September 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Siu Woon telah mengadakan
Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah.
Pada pukul 8.00 pagi, semua murid
dan guru berkumpul di dewan sekolah untuk melakukan senamrobik.
Selepas itu, murid-murid mendirikan
khemah dibawah pimpinan Cikgu Lim Shi Kai dan Cikgu Ummu Imara. Kemudian,
murid-murid melakukan aktiviti seni bina ( lukisan ) dibawah pengawasan Cikgu
Siew Fueng Hong.
Pada pukul 11.30 pagi, murid-murid
dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan tarian.
Pada pukul 1.00 petang, murid-murid berehat dan makan tengah hari. Aktiviti
nyanyian bermula pada pukul 2.30 petang.
Pada pukul 8.00 malam, aktiviti
unggun api diadakan. Sambutan Hari Kokurikulum tamat pada pukul 9.30 malam.
Murid-murid dan guru-guru berasa amat gembira dengan aktiviti yang diadakan.
Laporan
disediakan oleh, 26
SEPTEMBER 2011.
_________________
(LINA
BINTI ISMAIL)
Setiausaha,
Hari
Kokurikulum,
Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Siu Woon.
Lampiran Gambar:





No comments:
Post a Comment